Ads 468x60px

Sample text

Featured Posts

Friday, 13 December 2013

BoBoiBoy: Adudu Attacks! Free Upcoming Update!

8 Elements are planning to launch the update of BoBoiBoy: Adudu Attacks! Free on Google Play next week! Here are some of the features:


1.       The New Achievements Unlocking Page




Now for each stages users would be given stars by different level of scores, and if they manage to get a certain amount of stars they can unlock achievements and gain exclusive BoBoiBoy wallpapers!

2.       Friends’ Power Function




By IAP or doing certain actions to gain Cocoa (our new virtual currency in game), users can unlock BoBoiBoy's friends superpowers, in which they can join in the battle and help to fight enemies!

3.       10 Free Stages



We have also opened up 10 free stages for our fans! There are 30 stages in total and for the locked 20 stages, users can unlock those via IAP or by doing certain actions to get Cocoa and unlock them for free.

4.       New IAP Shop



Monday, 9 December 2013

Monsta Backstage: Movie Pre-Production Report 001



Apa khabar semua! Untuk isu kali ini kita tengok pula bagaimana BoBoiBoy: Sfera Kuasa dirancang sebelum bermulanya pembikinan utama filem itu. Di dalam industri, ia dipanggil pra-rancangan atau orang selalu sebut dan paling biasa digunakan 'pre-production process.

Singkatannya dipanggil 'prepro' kerana banyak ayat Bahasa Inggeris (English) dipinjam dalam industri animasi dan perfileman. Dalam prepro ini, ada banyak kerja yang perlu dibuat.

Salah satu tugas itu diberikan kepada pelukis untuk melukis kawasan persekitaran dimana watak-watak BoBoiBoy akan beraksi didalamnya. Ini bergantung juga kepada skrip dan kehendak pengarah yang inginkan mana dan bila aksi itu akan digambarkan. Lukisan-lukisan persekitaran, termasuk juga reka bentuk watak, kenderaan, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai lagi dipanggil sebagai lukisan konsep.

Ia dilukis untuk memberikan gambaran awal kepada semua pekerja produksi dimanakah aksi itu akan mengambil tempat, atau bagaimanakah rupa watak atau kenderaan itu sebelum dimodelkan ke dalam perisian 3D.



1. Langkah pertama adalah merancang bagaimana persekitaran itu akan ditunjukkan didalam filem. Ilmu am tentang seni perfileman atau fotografi, serta pengetahuan asas lukisan seperti perspektif dan ukuran (proportion) memainkan peranan penting.


2. Setelah berpuas hati, garisan kasar akan dilukis untuk disekeliling lukisan rancangan untuk memberikan gambaran awal bagaimana lukisan akan itu akan berakhir.


3. Langkah ini adalah dimana pelukis akan melukis dan mewarna kawasan persekitaran sehingga mencapai tahap yang diperlukan untuk menyampaikan idea kepada pekerja produksi lain. Pengetahuan tentang warna, cahaya dan bayang amat penting untuk menghasilkan mood yang menepati babak yang ingin digambarkan.


4. Langkah terakhir ialah meletakkan perincian (details) yang kecil dan halus untuk membuatkan lukisan menjadi lebih menarik dan mudah diterima oleh orang yang melihatnya.

Monday, 25 November 2013

Majalah BoBoiBoy: Isu Bumper Khas Musim Ketiga!


Jangan lupa dapatkan Majalah BoBoiBoy: Isu Bumper Khas pada bulan ini! Kepada semua peminat kami yang sedang bersabar menunggu musim ketiga BoBoiBoy kami juga paparkan KOMIK MUSIM KETIGA di dalam bumper khas ini! Juga ada temu bual bersama pelakon suara Adu Du, Probe & Tok Aba; Encik Anas Abdul Aziz!

Di sini kami juga sediakan 3 muka surat previu untuk peminat-peminat kami :)




Saturday, 16 November 2013

Monsta Backstage - Dibelakang Tabir tentang Sfera Kuasa


Kami pasti kawan-kawan semua berasa teruja apabila kami mengumumkan filem BoBoiBoy pada tahun 2014 yang akan datang. Jadi, sempena dengan pengumuman itu, kami akan mendedahkan sikit demi sedikit gambar-gambar dan kerja-kerja di belakang tabir tentang filem BoBoiBoy!

Di sini kami ingin menunjukkan pembikinan awal dan bagaimana Sfera Kuasa di buat. Pada awalnya setelah idea Sfera kuasa dipersetujui, konsep dan reka bentuk akan dilakar oleh pelukis. Dia akan membuat pelbagai bentuk dan cara supaya ada banyak pilihan untuk diambil. Setelah salah satu lukisan dipilih dan dipersetujui, butir-butir seperti warna, corak, dan aksesori akan ditambah sehingga mendapat persetujuan.





Setelah proses itu tamat, bermulalah fasa pembinaan model didalam satu perisian permodelan 3D. Model akan dibina, dan diletakkan 'texture', iaitu mewarnakannya, selepas itu model itu akan di'rig'kan, bermaksud secara amnya ialah memasukkan tulang kedalam model supaya ia boleh digunakankan oleh pihak animator.



Setakat itu sahajalah. Tunggu lagi dimana kami akan mendedahkan lagi proses pembuatan filem dan TV animasi kami!